PEMAIN Johor DT, Mohd Nazrin Mohd Nawi (tiga dari kiri) diasak dua pemain Sarawak.
PEMAIN Johor DT, Mohd Nazrin Mohd Nawi (tiga dari kiri) diasak dua pemain Sarawak.
Oleh Rizar Mohd Noor

Johor Bahru: Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Amirul Hadi Zainal menyerahkan kepada ketua jurulatih, Mario Gomez sama ada akan diturunkan atau tidak pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang FELDA United di Stadium Selayang, malam esok.

Walaupun agak lama tidak beraksi akibat kecederaan namun kelibat Amirul Hadi jelas memainkan peranan penting apabila berjaya mencipta jaringan untuk memastikan Johor DT seri 1-1 dengan Sarawak pada aksi terakhir Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Larkin, kelmarin.

Dia yang beraksi di posisi tengah menggantikan tempat Safiq Rahim yang direhatkan nyata tidak mengecewakan selepas bertindak merancang beberapa gerakan menarik untuk membantu barisan serangan yang diterajui Amri Yahyah dan Safee Sali.

“Saya amat teruja apabila berjaya menjaringkan gol dan berterima kasih kepada jurulatih, Mario Gomez yang memberi kepercayaan kepada saya untuk beraksi pada perlawanan itu.

“Agak lama juga saya tidak beraksi selepas mengalami kecederaan dan saya akui perlukan masa untuk mendapatkan keyakinan terutama beraksi pada perlawanan sebenar dan akan sentiasa bekerja keras semasa sesi latihan bagi meningkatkan lagi tahap kecergasan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2015 @ 7:06 AM