Mohd Adnan (dua kanan) menunjukkan antara barangan curi dirampas dari Geng Amerika Latin. FOTO Shazreen Zamzuri
Mohd Adnan (dua kanan) menunjukkan antara barangan curi dirampas dari Geng Amerika Latin. FOTO Shazreen Zamzuri
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Sebanyak 53 kes pecah rumah membabitkan Geng Amerika Latin dilaporkan di sekitar Selangor sejak Januari hingga Oktober lalu yang membabitkan kerugian berjumlah RM8 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, kawasan kes pecah rumah itu adalah di Petaling Jaya (32), Ampang (lima), Subang Jaya (empat), Kajang (lima), Shah Alam (lima) dan Serdang (dua)

Beliau berkata, kumpulan berkenaan hanya menyasarkan kawasan perumahan elit bagi melakukan kegiatan pecah rumah.

“Mereka memilih wang tunai, jam berjenama dan barang kemas untuk dilarikan.

"Polis memandang serius kegiatan kumpulan ini yang menyebabkan mangsa mengalami kerugian yang tinggi.

" Orang ramai juga diminta untuk lebih berhati-hati sekiranya melihat kehadiran lelaki dari negara Amerika Latin di kawasan perumahan mereka dan segera melaporkan kepada polis," katanya dalam sidang media di IPK Selangor, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2015 @ 1:42 PM