MOHD Adnan (dua dari kanan) menunjukkan antara barangan milik suspek yang dirampas.
MOHD Adnan (dua dari kanan) menunjukkan antara barangan milik suspek yang dirampas.
Oleh Ayusliza Azizan

Shah Alam: Barangan kemas hasil pecah rumah dijahit pada pakaian sebelum dibungkus dan dipos ke negara asal untuk dijual oleh rakan jenayah.

Itu taktik sekumpulan penyangak warga Amerika Latin yang aktif memecah masuk rumah di sekitar Lembah Klang dan Petaling Jaya sejak April lalu.

Bagaimanapun, kelicikan tiga penjenayah berasal dari Colombia dan Mexico itu berakhir apabila mereka ditahan polis di sebuah kondominium mewah di Damansara, jam 10 malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, ketiga-tiga suspek berusia 29 hingga 47 tahun ditahan hasil maklumat awam serta risikan susulan laporan beberapa kes pecah rumah yang diterima di sekitar Selangor.

“Dalam serbuan itu, kami turut merampas barangan kemas dianggar bernilai jutaan ringgit hasil pecah rumah dilakukan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2015 @ 8:10 AM