ROHAIZAT Shaari menerusi Tersadai.
ROHAIZAT Shaari menerusi Tersadai.
RENUNGAN si tua oleh Rosli Mat menerusi Potret Tua.
RENUNGAN si tua oleh Rosli Mat menerusi Potret Tua.
GAMBARAN wanita Haimiza Johan dalam Composition Of Life.
GAMBARAN wanita Haimiza Johan dalam Composition Of Life.
Oleh Siti Salmiah A Hamid


Galeri Arti kembali mewarnai persembahan seni dengan siri pameran bertajuk ‘KAMI III’ membabitkan gabungan dua generasi pelukis, antaranya Amron Omar, Rosli Mat dan Rohaizad Shaari.

Mereka berganding dengan pelukis pelapis, Hushinaidi Abdul Hamid, Zulkiflee Zainol Abidin dan penuntut seni halus, Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu Anasuha Suhairi, Haimiza Johan, Mohammad Haziq Syawal, Mohd Fakhriq Zulkifli, Haziq Asyraf Madsan serta Mohamad Khizrul Izwan Zubri.

Sebanyak 19 hasil seni dapat disaksikan yang menonjolkan bakat dan kemahiran pelukis dalam bentuk figuratif.

Amron lari dari kebiasaan apabila memilih sukan tomoi sebagai subjek figura.

Menerusi Potret Tua, pelukis Rosli Mat melontarkan persoalan kepada penonton mengenai perjalanan hidup apabila menginjak usia tua.

Tema landskap tempatan yang berkait suasana kampung sudah tidak asing lagi dengan Rohaizad Shaari sejak di awal pembabitan beliau dalam bidang seni lukis.

Peminat seni tanah air pastinya teruja mengamati lukisan menerusi medium cat minyak dan akrilik di atas kanvas, pastel, cat air serta arca membawa kepada campuran media.

Pameran KAMI III kini berlangsung di Galeri Arti dan masuk adalah percuma.

INFO

KAMI III

Jumlah artis: 12

Jumlah karya: 19

Lokasi: Galeri Arti, 23A, Tingkat 2, Jalan 2/4C Desa Melawati, Kuala Lumpur

Tarikh: Sehingga 18 Februari

Masa: 10 pagi hingga 6 petang

Telefon: 03-41613969

Web: www.artigallery.com

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Februari 2015 @ 12:01 PM