NAFIIZWAN (kanan) dan Delia memperagakan trofi kejuaraan.
NAFIIZWAN (kanan) dan Delia memperagakan trofi kejuaraan.
Oleh Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Arena Nicol David meninggalkan sejarah tersendiri buat Nafiizwan Adnan dan Delia Arnold apabila masing-masing bergelar juara buat kali pertama Kejohanan Skuasy Kebangsaan di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Kedua-dua pemain itu mengimpikan untuk bergelar juara dan penantian mereka akhirnya terlerai apabila Nafiizwan beraksi cemerlang untuk menewaskan Muhammad Asyraf Azan 11-3, 11-6, 11-7 manakala Delia mudah membenam Low Wee Wern yang masih lagi bergelut dengan kecederaan lutut kirinya 11-6, 11-5, 11-5.

“Saya sentiasa mengimpikan untuk menang kejohanan ini sejak saya berusia 12 tahun lagi ketika melihat Ong Beng Hee dan Azlan Iskandar beraksi. Akhirnya impian itu menjadi kenyataan selepas dua kali mencuba pada 2012 dan 2013.

“Permainan saya banyak menunjukkan peningkatan sejak berpangkalan di Manchester. Saya harap dapat mengekalkan rentak ini apabila beraksi pada Kejohanan Dunia dari 13 hingga 21 November ini di Amerika Syarikat,” katanya.

Manakala selepas enam kali mencuba Delia akhirnya berjaya merealisasikan impiannya untuk bergelar juara kebangsaan apabila menewaskan Wee Wern dalam pertarungan tiga set.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2015 @ 6:06 AM