MOHD Nizar diiringi Datin Seri Fatimah Taat tiba di mahkamah. Turut mengiringi peguam beliau, Hatim Musa (kanan). FOTO Yahya Zainuddin
MOHD Nizar diiringi Datin Seri Fatimah Taat tiba di mahkamah. Turut mengiringi peguam beliau, Hatim Musa (kanan). FOTO Yahya Zainuddin
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan


Ipoh: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas membuat permohonan maaf terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana memfitnah beliau tiga tahun lalu.

Permohonan maaf itu dibuat Mohammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim memberitahu mahkamah, pihaknya ada menerima permohonan daripada Mohammad Nizar pada surat bertarikh 22 Oktoberlalu yang dihantar kepada Perdana Menteri memohon supaya kes itu dikompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.

Mohammad Nizar dituduh memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini antara jam 9 malam dan 12 tengah malam pada 23 April 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2015 @ 1:40 PM