ISHAK (dua dari kiri) bersama pasukan SMK Dato’ Ahmad gembira selepas dinobatkan juara.
ISHAK (dua dari kiri) bersama pasukan SMK Dato’ Ahmad gembira selepas dinobatkan juara.

Lenggong: Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Ahmad, Lenggong cemerlang apabila dinobatkan juara Kejohanan Hoki 6 Sebelah bertempat di SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu, Perak, baru-baru ini.

Lebih membanggakan, SMK Dato’ Ahmad mengekalkan rekod bersih sepanjang empat perlawanan kejohanan anjuran Persatuan Hoki Hulu Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Perak kali ke-2 ini.

SMK Dato’ Ahmad menang ke atas SMK Tun Saban selain menundukkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gerik A dan MRSM Gerik B.

Hanya pada perlawanan akhir Pasukan Pilihan Hoki Hulu Perak (PPHHP) memberikan tentangan kepada mereka dengan berkesudahan seri 0-0.

Kemenangan bagaimanapun berpihak kepada SMK Dato’ Ahmad yang diisytiharkan juara berdasarkan kelebihan pungutan mata diperoleh sepanjang kejohanan itu.

Ketua jurulatih SMK Dato’ Ahmad Ishak Hassan Basri berkata kesemua pemainnya menunjukkan komitmen tinggi sejak dari awal kejohanan dengan mematuhi setiap perancangan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2015 @ 10:11 AM