LEE menunjukkan gari yang digunakan pemilik bengkel. Gambar kanan, bahagian belakang telinga yang dijahit akibat cedera.
LEE menunjukkan gari yang digunakan pemilik bengkel. Gambar kanan, bahagian belakang telinga yang dijahit akibat cedera.
Oleh Khairulmizan Yahya

Bentong: Seorang lelaki cedera di muka dan belakang kepala dipercayai dipukul dengan gari oleh pemilik bengkel membaiki kenderaan di Taman Mawar Indah, Jalan Lama Bentong - Kuala Lumpur, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, Lee Choon Huang, 28, dikatakan pergi ke bengkel terbabit untuk berbincang selepas mendakwa ditipu pemiliknya yang berusia 40-an.

Lee yang berasal dari Kuala Lumpur berkata, pada September lalu, kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan Murano miliknya mengalami kerosakan di bandar ini sebelum dia menghantarnya ke bengkel terbabit.

“Pemilik bengkel itu memberitahu sudah melakukan pemeriksaan dan kereta saya mengalami masalah sistem pendawaian elektrik.

“Dia juga meminta saya meninggalkan kenderaan itu selama dua minggu untuk dibaiki dengan kos sebanyak RM2,000.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2015 @ 7:15 AM