SIASATAN mendapati kemalangan berlaku ketika treler terbabas semasa menuruni bukit. FOTO Ihsan PDRM
SIASATAN mendapati kemalangan berlaku ketika treler terbabas semasa menuruni bukit. FOTO Ihsan PDRM
Amir Hamzah Nordin

Bentong: Kelindan maut selepas treler dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 43 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong dekat Bukit Tinggi, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 4.20 petang itu, mangsa V Shunmugam, 69 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan ketika menerima rawatan di Hospital Bentong.

Sementara pemandu treler berkenaan patah tangan kiri dan menerima rawatan di hospital sama.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika treler terbabas semasa menuruni bukit.

"Kenderaan yang dipandu oleh pemandu berusia 59 tahun itu dipercayai mengalami kegagalan brek ketika menuruni bukit di situ.

"Kenderaan itu kemudiannya terbabas sebelum melanggar penghadang konkrit di selekoh di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaiham berkata, akibat kemalangan pemandu treler patah tangan kiri manakala kelindan yang parah di bahagian kepala dan tangan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bentong.

"Polis memohon mana-mana pihak yang melihat kejadian ini supaya tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 January 2023 @ 10:55 AM