ANGGOTA unit skuba mengangkat mayat yang ditemui dalam kolam  takungan semula jadi, semalam.
ANGGOTA unit skuba mengangkat mayat yang ditemui dalam kolam takungan semula jadi, semalam.
Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris

Batu Pahat: Gara-gara bimbang dimarahi majikan, empat warga Nepal sanggup menyimpan rahsia selama 21 jam berhubung seorang rakan mereka yang hilang ketika mandi di sebuah kolam takungan semula jadi berhampiran kilang di Tanjung Labuh, di sini, sebelum mayatnya ditemui, semalam.

Nokhi Ram Oli, 30, dikatakan hilang ketika terjun ke dalam kolam itu jam 10.30 pagi, kelmarin sebelum mayatnya ditemui pasukan mencari dan menyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Timah Sari pada jam 2.25 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama empat rakan ke kawasan berkenaan untuk mandi.

“Setibanya di kawasan kolam takungan di belakang kilang yang turut menempatkan asrama pekerja itu, mangsa terus membuka pakaian dan terjun ke kolam berkenaan.

“Berdasarkan keterangan rakan lain, mangsa tenggelam dan hilang ke dasar kolam berkenaan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 7:06 AM