Oleh Amirul Haswendy Ashari


Dulu ramai beranggapan Eyka Farhana ialah Elfira Loy dan Elfira pula ialah Eyka. Semuanya gara-gara wajah mereka sekali imbas ada persamaan.

Bagaimanapun sejak Elfira berhijab, isu itu tidak timbul lagi tapi kini ada pula memberi jolokan ‘Fazura remaja’ dek wajahnya turut mempunyai iras pelakon Fazura.

Bagi Eyka atau Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 20, kekeliruan itu timbul berpunca daripada dirinya sendiri yang kurang mendedahkan diri kepada media arus perdana.

Malah cubaan mendapatkan Eyka untuk menjadi penghias muka depan ruangan SELEBRITI sering ditolak dengan pelbagai alasan hinggalah keluar filem Juvana 2 yang menampilkan Eyka antara barisan pelakon, barulah peluang itu ada sempena promosi filem itu yang bakal ditayangkan pada 29 Oktober ini.

Eyka meminta maaf kerana sebelum ini menganggap tiada kepentingan untuk penuhi tawaran fotografi bersama media. Dia juga berasakan bukan satu keperluan untuk hadir ke acara hiburan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2015 @ 5:37 AM