Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di 28 kawasan seluruh negara berada pada tahap tidak sihat, kira-kira 8 pagi, hari ini.

Menurut laporan dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bacaan tertinggi direkodkan di Pasir Gudang dengan 154 diikuti Kota Tinggi (147), Pelabuhan Klang (139), Larkin Lama (136) dan Shah Alam (135).

Kawasan lain IPU tidak sihat Kuala Selangor (127),Banting dan Bandaraya Melaka (123), Putrajaya (124), Bukit Rambai dan Petaling Jaya (122), Batu Muda dan Seremban (120) serta Nilai (117).

Bacaan IPU di Cheras ialah 116,Tanjung Malim (115), Port Dickson dan USM (114),Bakar Batu Arang Sungai Petani (113),Seberang Jaya 2 (112) serta Kangar (111).

Turut tidak sihat ialah Muar dan SMK Tanjung Chat Kota Bharu (108), Alor Setar (105), Langkawi (106), SK Jln Pegoh Ipoh dan Seri Manjung (103) dan Perai (102).

Sementara itu, 22 kawasan lagi berada pada paras sederhana antara bacaan IPU 54 hingga 95 selain dua kawasan pada tahap baik bawah 50.

Tahap bacaan IPU dikira baik berdasarkan (0-50), sederhana (51 -100), tidak sihat (101- 200), sangat tidak sihat (201-300) serta bahaya (melebihi 300).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 1:06 PM
JEREBU jerebu di sekitar Petaling Jaya, Damansara, pada kira-kira 8 pagi, 24 Oktober. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
JEREBU jerebu di sekitar Petaling Jaya, Damansara, pada kira-kira 8 pagi, 24 Oktober. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali