KEADAAN berjerebu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar Plaza Tol Senawang dengan cacatan nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU) 117 iaitu tahap tidak sihat setakat 12 tengah hari ini. FOTO Iqmal Haqim Rosman

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

Kuala Lumpur: Status kualiti udara di beberapa lokasi seluruh negara hari ini terus merosot dengan bilangan kawasan merekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada 17 kawasan, berbanding 11 tempat petang semalam.

Menurut laporan dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) jam 1 petang ini, Larkin Lama mencatat bacaan IPU 113, Muar (116), Pasir Gudang (123), Bandaraya Melaka (136), Bukit Rambai (146), Nilai (121), Port Dickson (142) dan Seremban (118), Balok Baru (132), Banting (132), Pelabuhan Kelang (109), Petaling Jaya (102), Shah Alam (112), Kemaman (123), Paka (112), Batu Muda, Kuala Lumpur (102 dan Putrajaya (112).

Sementara 27 kawasan lain mencatat bacaan sederhana termasuk empat lokasi dengan IPU melebihi 90.

Bacaan IPU baik boleh dirujuk menerusi skala 0 hingga 50, sederhana (51 hingga 100), tidak sihat (101 hingga 200), sangat tidak sihat (201 hingga 300) dan berbahaya (300 ke atas).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 2:05 PM