AKSI pemain negara ketika menentang skuad Filipina.
AKSI pemain negara ketika menentang skuad Filipina.

Nakhon Phatom: Selepas tewas kepada regu negara pada Siri Super ISTAF 2014/15 di Melaka, Februari lalu, Thailand enggan kecewa di depan penyokong sendiri di pentas akhir Siri Super Akhir ISTAF hari ini.

Mungkin belum puas dengan dua kejuaraan akhir sebelum ini, mereka mahu menjulangnya buat kali ketiga dengan menurunkan anak jati wilayah Nakhon Phatom.

Melihat pada aksi Malaysia menentang Filipina semalam, penolong jurulatih Gajah Perang Prawet Intra yakin anak buahnya mampu menampilkan aksi terbaik untuk menghadapi bekas skuad bimbingannya.

Namun pengetahuan selaku perunding skuad negara selama empat tahun yang berakhir tahun lalu membuatkan beliau yakin cabaran pasukan tuan rumah mampu ditandingi.

“Kami harap menang dan saya yakin 100 peratus pasukan ini mampu menewaskan Malaysia,” kata Prawit.

Thailand diwakili Sittipong Khamchan dan Nattapon Kraiwan (tekong), Rangsirod Sirisamutsarn (apit kiri) serta Anuwat Chaichana dan Thawisak Thongsai (apit kanan).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2015 @ 7:38 AM