FARHAN mahu fokus atasi Filipina pada separuh akhir.
FARHAN mahu fokus atasi Filipina pada separuh akhir.

Nakhon Pathom: Kapten regu kebangsaan Farhan Adam mengakui agak ‘gugup’ ketika berdepan Korea Selatan, meskipun pada akhirnya berjaya menang 23-21, 21-13 semalam.

Menurut apit kiri berusia 26 tahun itu, lawan yang ditemui kali ini bukan regu yang pernah mengecewakan mereka pada Kejohanan Siri Super ISTAF di Gunsan, Korea tidak lama dahulu.

“Kami belum pernah berjumpa mereka sebelum ini, tidak dapat membaca permainan mereka pada set pertama,” katanya selepas perlawanan itu.

“Sebaik dapat membaca rentak mereka barulah kami dapat bermain dengan baik.

“Apa yang saya lihat kekuatan mereka hanya di bahagian tekong.”

Korea menurunkan Park Taeseung (tekong), Cheon Dongryung (apit kiri) dan Park Cheolhee (apit kanan).

Ditanya mengenai pertemuan menentang Filipina di pentas separuh akhir hari ini, Farhan memberitahu mereka akan terus berusaha meningkatkan tahap permainan.

“Kami akan cuba berikan persembahan terbaik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2015 @ 8:29 AM