FAIZAL dan Saidatul Afyna pada majlis persandingan, semalam.
FAIZAL dan Saidatul Afyna pada majlis persandingan, semalam.
Oleh Azizan Hashim

Ipoh: Kisah cinta Faizal Saari selama dua tahun berakhir dengan penyerang hoki kebangsaan itu menikahi pasangannya Saidatul Afyna Badrul Hamidi di Ipoh, kelmarin.

Majlis resepsi diadakan di tempat pasangan itu mula berkenalan Kelab Golf DiRaja Perak (RPGC), malam kelnarin.

“Di sinilah kami mula-mula bertemu semasa majlis makan malam meraikan pasukan yang menyertai Piala Sultan Azlan Shah 2013.

“Fyna minta bergambar bersama dan semenjak itu perkenalan kami berputik menjadi cinta yang bersemi dan kami bersetuju untuk bernikah.

“Kami bertunang pada Mei lalu dan diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan di Sungai Rokam kelmarin (Sabtu),” kata Faizal.

Menurut pemain Kelab Hoki Terengganu (KHT) itu, mereka bertemu beberapa kali sebelum mula mengenali diri masing-masing.

Sementara itu, Afyna, 22, bersyukur kerana bertemu jodoh dengan jejaka disayanginya.

“Saya bersyukur kerana semuanya berjalan lancar. Saya mengahwininya kerana dia seorang yang penyayang serta baik hati,” katanya sambil menafikan jatuh hati kepada Faisal kerana dia mempunyai nama selaku pemain hoki terkenal.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 9:35 AM