NADZIM  (kanan) mendengar aduan daripada pengadu.
NADZIM (kanan) mendengar aduan daripada pengadu.
Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Seminggu RM960,000. Itu pendapatan sindiket gores dan menang di sekitar Lembah Klang yang masih terus memperdaya mangsa terutama warga emas untuk mengaut untung mudah.

Berdasarkan laporan bersiri sejak Isnin lalu, setiap hari ada kes terbaru dilaporkan, malah ketika selesai menemubual seorang mangsa petang kelmarin, wartawan dimaklumkan seorang lagi mangsa lain, juga warga emas tampil membuat laporan diperdaya sehingga kerugian RM200,000.

Dalam keadaan menangis teresak-esak, bekas pengurus cawangan institusi kewangan itu mengaku sikap tamak menjadi punca dia diperdaya wakil jualan yang ‘memerangkapnya’ di sebuah pasar raya minggu lalu.

“Saya silap, saya tamak. Habis wang simpanan saya sejak 40 tahun lalu. Saya dimaklumkan awak (wartawan) buat cerita pasal penipuan sindiket ini. Saya nak kongsikan agar tiada lagi yang terkena macam saya,” katanya ketika membuat aduan kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan petang semalam.

Kes yang menimpa lelaki mahu dikenali sebagai Rahmat itu kes kelima dilaporkan kepada PPIM selepas serbuan diadakan di beberapa lokasi di Lembah Klang bermula Isnin lalu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2015 @ 10:32 AM