Oleh Mohd Hasbi Sidek

Puncak Alam: Sekumpulan penjenayah memecah mesin deposit tunai (CDM) di satu pasar raya di Bandar Puncak Alam, dekat sini, dan melarikan sejumlah wang, awal pagi tadi.

Kejadian pada 3.30 pagi itu, turut menyaksikan dua kedai dalam pasar raya berkenaan dipecah masuk.

Jurucakap polis berkata, kumpulan penjenayah bertopeng berkenaan memukul dan mengikat pengawal keselamatan sebelum mengumpil mesin CDM menggunakan gas `oxy’.

"Mesin CDM dibuka dan mereka duit. Penjenayah juga memecah masuk kedai cermin mata dan kedai komputer di lokasi kejadian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad mengesahkan kejadian dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2015 @ 6:19 PM