Brussels: Kadar kesuburan yang rendah daripada yang dijangka bermakna populasi China akan mencapai tahap paling tinggi pada 2025, sesuatu yang perlu difikirkan secara serius oleh pemerintah negara itu apabila merangka rancangan pembangunan kebangsaan negara itu akan datang.

Seorang pakar demografi negara itu berkata, populasi China dijangka mencapai 1.41 bilion pada 2015 dan jumlah penduduknya pada 2050 lebih rendah berbanding yang ada hari ini.

“Unjuran ini sebahagian daripada laporan yang kami kemukakan kepada pemerintah China untuk mereka timbangkan apabila merangka pelan lima tahun yang baru,” kata Pengarah Populasi dan Ekonomi Buruh di Akademi Sains Sosial China Zhang Juwei.

Bercakap pada seminar dua hari mengenai penyusunan semula ekonomi dan perubahan struktur pekerjaan di Brussels semalam, Zhang yang mengetuai delegasi pakar China berkata, populasi negara itu pada hujung 2014 ialah 1.37 bilion. Selepas mencapai kemuncaknya pada 2025, ia dijangka berkurangan kepada 1.3 bilion pada 2050. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 7:52 AM