PEKERJA merangkak sebagai hukuman.
PEKERJA merangkak sebagai hukuman.
Agensi

Beijing: Sebuah syarikat diselar selepas gambar pekerjanya dihukum merangkak di khalayak ramai kerana gagal mencapai sasaran jualan tersebar di Internet.

Gambar yang disiarkan Sina Weibo menunjukkan 10 lelaki dan wanita terbabit merangkak di sekitar Tasik Ruyi yang popular di Zhengzhou, ibu negeri wilayah Henan.

Mereka dilaporkan pekerja syarikat jualan yang gagal mencapai sasaran ditetapkan majikan.

Disebabkan itu mereka diarah merangkak di laluan kayu mengelilingi tasik itu walaupun ada pelancong di situ yang tidak melepaskan kesempatan mengambil gambar.

Malah, seorang pekerja tambahan turut dikerahkan ‘memantau’ pelaksanaan hukuman itu untuk memastikan dilakukan dengan betul.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2015 @ 6:40 AM