Kenyataan mengenai empat perlawanan Piala Malaysia malam ini ditunda dan acara Standard Chartered KL Marathon dijadualkan esok dibatalkan
Kenyataan mengenai empat perlawanan Piala Malaysia malam ini ditunda dan acara Standard Chartered KL Marathon dijadualkan esok dibatalkan

Kuala Lumpur: Empat perlawanan Piala Malaysia malam ini ditunda dan hanya perlawanan membabitkan T-Team dengan Felda United di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu diteruskan.

FAM dalam satu kenyataan memaklumkan, perlawanan yang ditunda adalah Johor DT II melawan Terengganu di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, ATM melawan Sarawak di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan, PDRM melawan Pahang di Stadium Shah Alam dan PKNS melawan Pulau Pinang di Stadium Selayang.

“Komisioner perlawanan memutuskan penundaan perlawanan berkenaan selepas mengambil kira bacaan IPU yang melebihi 150 serta faktor jerebu yang boleh memudaratkan.

“Satu tarikh akan akan diputuskan secepat mungkin (bagi perlawanan yang ditunda),” katanya.

Sementara itu, acara Standard Chartered KL Marathon dijadualkan esok juga dibatalkan akibat jerebu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2015 @ 7:35 PM