PENYOKONG prodemokrasi berhimpun memperingati pergerakan Occupy Central.
PENYOKONG prodemokrasi berhimpun memperingati pergerakan Occupy Central.

Hong Kong: Payung kuning dan khemah sementara kembali di tengah Hong Kong semalam apabila penunjuk perasaan berkumpul menyambut ulang tahun pertama perhimpunan besar-besaran yang diadakan tahun lalu.

Bagaimanapun, sebilangan kecil penunjuk perasaan yang berkumpul semalam selain tiada sebarang konsesi mengenai pembaharuan politik daripada pihak berkuasa di Beijing dan Hong Kong.

Aktivis yang kecewa berkata mereka tidak merancang untuk mengadakan lagi demonstrasi besar-besaran.

Kira-kira 100 penunjuk perasaan berkumpul di Lennon Wall - tembok di tangga berhampiran ibu pejabat kerajaan yang tahun lalu ditampal ribuan kertas berwarna-warni sebagai sokongan.

Deretan payung kuning - simbol gerakan itu - dan khemah serta kain rentang besar tertulis ‘Saya Mahu Hak Pengundian Sejagat’ turut dipasang sepanjang laluan pejalan kaki.

Ketika kemuncak bantahan, ribuan khemah bergelimpangan di seluruh jalan raya utama yang dipasang di depan Lennon Wall di daerah kewangan Admiralty.

Sepasang bakal pengantin juga mengambil peluang merakam gambar praperkahwinan di tapak perhimpunan itu. Pengantin perempuan memakai gaun putih dengan topi keledar pembinaan seperti yang sering dipakai penunjuk perasaan ketika perhimpunan.

“Gambar ini akan dikongsi bersama anak dan cucu kami nanti. Kami akan menunjukkan kepada mereka apa yang berlaku di bandar ini pada hari perkahwinan kami,” kata pengantin lelaki Issac Kan, 29 tahun. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2015 @ 6:02 AM