PEMANDANGAN Kuala Lumpur yang berjerebu pada 1 tengah hari. FOTO Mustaffa Kamal
PEMANDANGAN Kuala Lumpur yang berjerebu pada 1 tengah hari. FOTO Mustaffa Kamal
Mahaizura Abd Malik


SEBANYAK 18 kawasan seluruh negara mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat 2 petang ini.

Bacaan dipaparkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan Rompin, Pahang dan Sri Aman, Sarawak masing-masing mencatatkan bacaan IPU tertinggi, 196 dan 182.

Sementara itu, kualiti udara di Batu Muda juga merekodkan IPU tidak sihat iaitu 169, Cheras (160) dna Putrajaya (144).

Lima kawasan di Selangor mencatatkan IPU tidak sihat ialah Johan Setia Klang (162), Petaling Jaya (149), Shah Alam (140), Banting (123) manakala Klang (118).

Turut mencatatkan tidak sihat ialah Nilai dengan bacaan IPU adalah 153, Seremban (122), Port Dickson (105), AlorGajah (101), Bukit Rambai (102) dan Tangkak (114), manakala dua lagi kawasan terjejas di Sarawak adalah Samarahan dan Kuching masing-masing 119 dan 138.

Data keseluruhan menunjukkan kualiti udara di 48 kawasan berada dalam keadaan tahap sederhana manakala satu lagi lokasi merekodkan bacaan sihat.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 pula tahap berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini, setiap jam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 September 2019 @ 2:53 PM