ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam cuba menyelamatkan mangsa insiden rempuhan di Mina. FOTO Reuters
ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam cuba menyelamatkan mangsa insiden rempuhan di Mina. FOTO Reuters

Mina: Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi menggerakkan lebih 4,000 petugas perubatan termasuk 220 ambulans di lokasi rempuhan di sekitar Jalan 204, berhampiran kem di Mina.

Angka mangsa terkorban meninggkat kepada 310 orang , manakala dianggarkan lebih 450 yang lain cedera akibat rempuhan terbabit.

Menerusi akaun twitter jabatan pertahanan negara itu memaklumkan kerja menyelamat mangsa yang cedera sedang giat dilakukan di sekitar lokasi kejadian,” katanya.

Lokasi kejadian iaitu Jalan 204 adalah salah satu laluan utama menuju ke Kem di Mina dan jemaah haji akan melakukan ibadah melontar jamrah.

Jabatan pertahanan negara itu turut memuatnaik beberapa keping gambar di lokasi kejadian dan turut kelihatan petugas perubatan mengusung mangsa yang cedera.

Sementara itu, wartawan Al Arabiya News Channel, Abdulrahman Al-Osaimi, melaporkan kejdian berlaki di pintu masuk jambatan ke Jamhrah dekat Jalan 204, bukan di dalam kawasan melontar.

"Jemaah yang cedera dihantar ke empat hospital di Mina. Ada juga mangsa diterbangkan dengan helikopter ke hospital di Makkah," lapornya.

Jabatan itu menyatakan anggotanya kini sedang menyelia jemaah keluar dari kawasan tragedi dan menggunakan laluan lain ke tempat melontar. Operasi menyelamat juga masih diteruskan.

Rakaman video di tempat kejadian menunjukkan mangsa terbaring di atas lantai dirawat anggota paramedik. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2015 @ 6:31 PM