JEMAAH dirawat selepas insiden rempuhan di Mina. FOTO AP/Jabtan Pertahanan Awam Arab Saudi
JEMAAH dirawat selepas insiden rempuhan di Mina. FOTO AP/Jabtan Pertahanan Awam Arab Saudi

Makkah: Sekurang-kurangnya 220 jemaah haji maut manakal 450 lagi cedera akibat terjatuh dan terpijak ketika jemaah melontar jamrah di Mina hari ini.

Jurucakap Kementerin Dalam Negeri Arab Saudi, Brigedier Jeneral Mansour al-Turki berkata, "Ada kejadian terpijak di Mina dan Jabatan Pertahanan Awam sedang menanganinya."

Menurut wartawan Al Jazeera di Mina, Basma Atassi, kejadian berlaku di jalan raya antara penempatan jemaah.

"Jalan itu diberi nama Jalan 204. Kejadian rempuhan dan terpijak itu tidak berlaku ketika upacara melontar tetapi ketika jemaah bersesak menuju ke tempat melontar," katanya.

Punca kejadian ini belum dapat dikenal pasti.

Sementara itu, Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi dalam akaun twitternya memaklumkan operasi menyelamat sedang dijalankan.

Jumlah mangsa mungkin meningkat daripada semasa ke semasa.

Mina terletak kira-kira lima kilometer dari Makkah. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2015 @ 5:13 PM