Gambar fail yang dirakam pada Oktober tahun lalu menunjukkan laluan dan jambatan bertingkat menuju ke Jamarah untuk ibadah melontar oleh jemaah haji. - Foto AFP
Gambar fail yang dirakam pada Oktober tahun lalu menunjukkan laluan dan jambatan bertingkat menuju ke Jamarah untuk ibadah melontar oleh jemaah haji. - Foto AFP
Jenazah jemaah yang mati ditutup dengan kain menunggu dibawa ke hospital. - Foto AP
Jenazah jemaah yang mati ditutup dengan kain menunggu dibawa ke hospital. - Foto AP
Anggota pasukan kecemasan Arab Saudi mengalihkan jenazah jemaah untuk di bawa ke tempat pengumpulan sebelum dihantar ke hospital. - Foto EPA
Anggota pasukan kecemasan Arab Saudi mengalihkan jenazah jemaah untuk di bawa ke tempat pengumpulan sebelum dihantar ke hospital. - Foto EPA
Keadaan jemaah yang mati dan cedera selepas kejadian rempuhan di Mina dengan anggota pasukan penyelamat dan berusaha membantu. - Foto AP
Keadaan jemaah yang mati dan cedera selepas kejadian rempuhan di Mina dengan anggota pasukan penyelamat dan berusaha membantu. - Foto AP
Anggota pasukan kecemasan mengangkat mangsa yang cedera masuk ke dalam ambulans. - Foto AP
Anggota pasukan kecemasan mengangkat mangsa yang cedera masuk ke dalam ambulans. - Foto AP
Jenazah jemaah yang mati akibat tragedi rempuhan di Mina dikumpulkan sebelum dibawa ke hospital - Foto AP
Jenazah jemaah yang mati akibat tragedi rempuhan di Mina dikumpulkan sebelum dibawa ke hospital - Foto AP

Makkah: Sehingga jam 8.30 malam tadi, jumlah mangsa yang terkorban akibat tragedi rempuhan dan terpijak di Mina meningkat kepada 717 orang manakala 805 lagi cedera ketika jemaah melaksanakan rukun melontar hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang waktu Malaysia (11.30 pagi waktu Arab Saudi) di Jalan 204 penempatan jemaah di Mina, di pintu masuk ke jambatan menuju ke Jamarah iaitu tempat melontar.

Berikut ialah rentetan kemas kini dari masa ke semasa (waktu Malaysia) oleh agensi media dan Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi

8.30 malam: Twitter Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi menyatakan jumlah kematian terkini ialah 717 orang manakala 805 lagi cedera.

7.40 malam : Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi mengesahkan jumlah mangsa terkorban meningkat kepada 453 jemaah manakala 719 lagi cedera.

6.44 petang: Setakat ini tiada jemaah haji Malaysia terbabit dalam kejadian rempuhan di Mina, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Namun, Tabung Haji sedangkan lakukan semakan bilangan jemaah haji dan lapan pos kawalan jemaah haji TH di Mina turut melakukan pemantauan dengan bantuan pasukan Peronda TH.

Katanya, jadual melontar untuk jemaah haji Malaysia ditetapkan pada jam 5.30 petang (10.30 malam waktu Malaysia) dan 8 malam (1 pagi waktu Malaysia).

6.30 petang: Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi menggerakkan lebih 4,000 petugas perubatan termasuk 220 ambulans di lokasi rempuhan di sekitar Jalan 204, berhampiran kem di Mina.

Angka korban meningkat kepada 310 orang dan lebih 450 lagi cedera.

5:50 petang: Jumlah korban meningkat kepada 310 jemaah dari pelbagai negara dan lebih 450 lagi cedera.

5 petang : Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi menyatakan sekurang-kurangnya 220 jemaah haji terbunuh manakala lebuh 450 lagi cedera akibat rempuhan dan terpijak di Mina.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2015 @ 9:18 PM