ANTARA beberapa petik rakaman penduduk dan jemaah haji yang dikatakan punca rempuhan itu, Khamis lalu.
ANTARA beberapa petik rakaman penduduk dan jemaah haji yang dikatakan punca rempuhan itu, Khamis lalu.

Mina: Beberapa saksi melihat insiden rempuhan yang meragut ratusan nyawa berpunca daripada jumlah jemaah yang besar di Jalan 204 sebelum bertembung dengan kumpulan jemaah lain di Jalan 223 yang menghubungkan Jamarat.

Susulan pertembungan itu, kebanyakkan jemaah dilihat panik dan sesak nafas biaroun ramai di antara kumpulan jemaah itu cuba untuk mencari jalan keluar ketika insiden itu berlaku.

Seorang jemaah haji yang juga saksi kejadian, Abdulmunim Al-Safwan berkata, sebahagian besar jemaah yang terkorban adalah golongan tua yang berjalan untuk melontar jamrah.

Menurutnya, jemaah golongan tua berkenaan cuma untuk mengikuti kumpulan besar terbabit, namun berlaku kekecohan disusuli dengan insiden rempuhan itu.

Saksi lain insiden itu turut menjelaskan bahawa insiden rempuhan terbabit berlaku akibat jemaah haji dari Iran yang melalui Jalan Al-Arab enggan berpatah balik mengikut panduan jadual pihak berkuasa Arab Saudi. -Arab News

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 12:37 PM