SUSSANNE
SUSSANNE

Khabarnya bekas isteri Hrithik Roshan ini akan menamatkan zaman jandanya dengan model dan pelakon Arjun Rampal.

Difahamkan, punca perpisahan Sussanne dengan Hrithik kerana kehadiran Arjun sebagai orang ketiga.

Seperti mengiakan desas-desus itu, Arjun juga dikatakan mengakhiri perkahwinan dengan isteri yang juga supermodel terkenal Mehr Jesia.

Setakat ini, Sussanne dan Arjun tidak memberi sebarang kenyataan, malah akaun Twitter mereka juga jarang dikemas kini termasuklah Hrithik.

Dalam pada itu, Hrithik pula dikatakan sedang menjalin hubungan dengan aktres Kangana, tetapi pelakon wanita itu menafikannya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2015 @ 9:09 AM