Instagram Sharnaaz yang memaparkan gambar dia dengan kakak Neelofa.
Instagram Sharnaaz yang memaparkan gambar dia dengan kakak Neelofa.
Oleh Wahi Aziz


Kuala Lumpur: Pelakon Sharnaaz Ahmad, 30, enggan mengakui dia kini menjalin hubungan cinta dengan wanita yang juga kakak kepada pelakon dan pengacara terkenal Neelofa.

Spekulasi itu tercetus apabila Sharnaaz memuat naik beberapa gambar dia bersama wanita dikenali sebagai Noor Nabila itu di Instagramnya sejak seminggu lalu.

Gambar berkenaan yang turut disertakan dengan kata-kata pujian terhadap wanita yang juga ahli perniagaan itu menguatkan lagi dakwaan Sharnaaz kini sedang hangat bercinta.

"Biarlah saya simpan sikit hal peribadi untuk diri sendiri. Bukan tak nak mengaku atau mengelak tapi perkara ini adalah hak peribadi saya.

“Kalau nak tanya mengenai perkara lain saya tiada masalah, tapi untuk bercakap yang ini (dakwaan bercinta) saya tidak boleh komen lanjut," katanya.

Pelakon drama siri Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini berkata, dia enggan menghebohkan dakwaan hubungan percintaan terbarunya itu kerana ia baru bermula.

"Apabila orang ramai dan peminat membuat andaian berdasarkan gambar di Instagram, saya kena terima sebab saya yang memilih untuk berkongsi gambar.

"Namun, terpulang kepada sesiapa saja untuk membuat tanggapan masing-masing. Cuma di pihak saya, kami baru berkawan. Saya tidak mahu bercakap lebih buat masa ini.

"Kalau orang hendak anggap kami bercinta atau apa sekali pun, saya tidak boleh halang tapi jika daripada mulut saya sendiri, saya tidak mengiyakan atau menafikan," katanya yang mula mengenali Noor Nabila selepas sama-sama terbabit dalam bidang perniagaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2015 @ 4:38 PM