SHARNAAZ dan Azira dilihat semakin mesra.
SHARNAAZ dan Azira dilihat semakin mesra.
Wartawan HM

 

Kuala Lumpur: Hubungan mesra diantara pelakon Sharnaaz Ahmad dengan pelakon dan anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz kini menjadi perbualan hangat warganet. 

Ia berikutan satu paparan skrin InstaStory milik Sharnaaz memaparkan kemesraan mereka yang dikongsi menerusi laman sembang Cari. 

Ia sekaligus menimbulkan dakwaan mengaitkan pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang bernama sebenar Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ini sudah bertemu pengganti teman hidupnya. 

Kemesraan keduanya turut dilihat apabila Sharnaaz, 36, apabila dia mengucapkan terima kasih kepada Azira yang disertakan emoji 'kiss' kerana memberikan hadiah pelitup muka.

Terdahulu bapa kepada Jebat Jayden, 3, ini dilihat pernah memuat naik sebuah hantaran sempena ulang tahun kelahiran Azira yang ke-29 pada 26 September lalu.

Mereka sebelum ini juga pernah bergandingan dalam drama Isteri Misteri. 

Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017, namun bercerai pada Julai tahun lalu.

 Azira pula sebelum ini mengakui sudah hampir 10 tahun bercinta dengan ahli perniagaan, Yasser Khan. 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 April 2021 @ 10:07 PM