FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan
Oleh Aida Adilah Mat

SELEPAS tamatnya Kejohanan Terjun Piala Asia yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, menyaksikan empat penerjun negara menempah tempat ke Sukan Olimpik Rio 2016.

Ratu terjun negara, Pandelela Riong dan Wendy Ng terlebih dahulu layak ke Olimpik Rio apabila melepasi syarat kelayakan secara merit ketika beraksi di Kejohanan Terjun Akuatik Dunia di Kazan Russia, bulan lalu.

Ooi Tze Liang dan Nur Dhabitah Sabri kemudian menjadi atlet seterusnya layak ke temasya terbesar itu apabila muncul juara di Kejohanan Piala Asia.

Pandelela melepasi syarat kelayakan dalam acara 10m platform, Wendy dalam acara 3m papan anjal dan Dhabitah dalam acara 10m platform.

Tze Liang menjadi atlet lelaki tunggal negara yang akan beraksi dalam dua acara iaitu 10m platform dan 3m papan anjal.

Bagaimanapun, atlet terjun negara yang kain masih berpeluang menempah tiket ke Rio menerusi Kejohanan Piala Dunia di Brazil, Februari depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 6:50 PM