Suspek utama dilihat dalam rakaman CCTV tiba  dengan tuk-tuk dan meninggalkan tempat kejadian dengan teksi motosikal tidak lama sebelum letupan. - Foto Polis Diraja Thailand
Suspek utama dilihat dalam rakaman CCTV tiba dengan tuk-tuk dan meninggalkan tempat kejadian dengan teksi motosikal tidak lama sebelum letupan. - Foto Polis Diraja Thailand
Dua lelaki berbaju merah dan putih yang ada dalam rakaman CCTV bersama suspek utama berbaju kuning, menyerah diri kepada polis Thailand menegaskan mereka ialah pemandu pelancong. - Foto Polis Diraja Thailand

Bangkok: Dua lelaki yang disyaki polis Thailand sebagai rakan subahat pengebom kerana ada dalam rakaman CCTV menyerah diri kepada polis malam ini dan menegaskan mereka ialah pemandu pelancong.

Kedua-dua lelaki itu, seorang berbaju merah dan seorang lagi berbaju putih, dilihat dalam rakaman CCTV berada berdekatan lelaki berbaju kuning yang memasang bom di Kuil Erawan.

Mereka dilihat bangun dari bangku tempat bom meletup sebelum lelaki berbaju kuning yang disyaki pengebom, duduk di bangku itu, membuka dan meninggalkan beg sandangnya.

Lelaki berbaju kuning itu dilihat datang dengan tuk-tuk dan meninggalkan tempat kejadian dengan teksi motosikal tidak lama sebelum bom meletup.

Polis Thailand yakin suspek utama yang berbaju kuning dalam rakaman CCTV berketurunan Eropah atau Arab dan masih berada di Thailand.

Seramai 20 orang termasuk lima rakyat Malaysia terbunuh manakala lebih 100 lagi cedera akibat letupan itu.

Pagi tadi, Ketua Polis Thailand, Somyot Poompanmoung bderkata, pihak yang melakukan serangan bom itu memerlukan masa lebih sebulan untuk merancang dan memerlukan lebih 10 orang untuk melaksanakan serangan. - BBC

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2015 @ 10:40 PM