Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

Ipoh: Penjaga tokong ditemui mati dalam keadaan belumuran darah dipercayai dibunuh, di sini, malam tadi.

Mangsa lelaki berusia 77 tahun ditemui dengan kesan kecederaan di tangan dan luka di kepala oleh seorang daripada ahli jawatankuasa tokong, pada 7.30 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Anuar Othman, berkata mangsa dikatakan baru berkerja di tokong itu, kira-kira dua bulan lalu.

"Kita masih menyiasat punca kejadian dan belum mengenal pasti senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa.

"Bagaimanapun, berdasarkan siasatan awal mangsa dipercayai dibunuh dengan senjata tajam," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2015 @ 12:52 AM