CHAZ Davies  memenangi perlumbaan 2  Kejohanan FIM Superbike Dunia (WSBK) 2015 di Litar Antarabangsa Sepang. FOTO Osman Adnan
CHAZ Davies memenangi perlumbaan 2 Kejohanan FIM Superbike Dunia (WSBK) 2015 di Litar Antarabangsa Sepang. FOTO Osman Adnan
Oleh Saiful Affendy Sapran


Sepang: Pelumba Aruba.it Racing Ducati Superbike Team, Chaz Davies menafikan hasrat pendahulu keseluruhan Jonathan Rea dari pasukan Kawasaki Racing Team untuk muncul juara dunia apabila memenangi Perlumbaan 2 Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) di Litar Antarabangsa Sepang sebentar tadi.

Rea hanya perlu meraih 11 mata dan memastikan Davies tidak memenangi Perlumbaan 2 selepas dia mendominasi Perlumbaan 1.

Bagaimanapun, Davies berjaya menyekat Rea yang memberi saingan sengit, terutama di hujung perlumbaan pada Perlumbaan 2.

Kini peluang terbuka luas untuk Rea muncul juara dunia seandainya mampu mempamerkan aksi terbaik pada pusingan seterusnya di Jerez, Sepanyol, 20 September depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Ogos 2015 @ 6:40 PM