ANTARA lokasi menarik di Indonesia yang dikunjungi Wak Doyok dan Myo.

Oleh Michelle Gun

Selepas Ke Korea Ke Kita? ikon fesyen Wak Doyok dan penyanyi Myo Oh Chentaku kembali menghiburkan penonton dengan program bercorak permainan baru Ke Indonesia ke Kita? (KIKK?) yang kini ditayangkan di saluran TV9.

Menerusi program ini, dua selebriti itu dikehendaki menyelesaikan cabaran ‘gila’ sambil menjelajah beberapa lokasi menarik di Indonesia.

Bersiaran setiap Selasa, jam 9 malam, KIKK? membawa penonton menyaksikan keindahan panorama dan budaya masyarakat di Lombok, Surabaya, Jogjakarta, Bandung, Jakarta dan Bali.

Lebih istimewa, dua pemenang bertuah peraduan Jom Bali akan berganding dengan Myo dan Wak Doyok memeriahkan episod terakhir KIKK?

Mereka adalah Zahir Ariffin yang akan bersama pasukan Wak Doyok manakala Hanif Naziri untuk pasukan Myo.

Tahun lalu, program travelog dan permainan realiti KKKK? membuka ruang kepada Myo dan Wok Doyok menjelajah Korea.

Program yang mendapat sambutan hebat itu tidak menggunakan skrip selain menuntut dua selebriti berkenaan beraksi spontan.

Saksikan pengembaraan Myo dan Wak Doyok yang memiliki dua personaliti berbeza dalam KIKK?

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 9:39 AM