RONALDO mengalirkan air mata selepas gagal menyempurnakan penalti buat Portugal ketika berdepan Slovenia. -FOTO AFP
RONALDO mengalirkan air mata selepas gagal menyempurnakan penalti buat Portugal ketika berdepan Slovenia. -FOTO AFP
Reuters

Hamburg: Kemerosotan prestasi Cristiano Ronaldo selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk Portugal adalah peringatan bahawa pemain bola sepak juga manusia walaupun mereka memiliki status yang tinggi, kata rakan sepasukan Bernardo Silva.

Air mata kekecewaan Ronaldo selepas gagal menyempurnakan penalti ketika kedudukan 0-0 menentang Slovenia dalam perlawanan pusingan 16 terakhir Euro 2024, akan kekal diingati di kejohanan itu dan mencetus kritikan daripada beberapa peminat dan pakar yang mementingkan diri sendiri.

"Kami manusia dan dia berasa emosi apabila terlepas sepakan penalti. Ia boleh diterima, bukan? Kadang-kadang anda bertindak balas dengan cara yang anda tidak jangka. Dia merasakan dia boleh melakukan yang lebih baik pada masa itu," kata Silva.

"Dia menangis sebentar, kadang-kadang itulah cara manusia menangani emosi. Jadi saya tidak nampak apa-apa sebab untuk orang ramai berbincang mengenainya, tetapi jelas orang akan melakukannya, kerana itulah perniagaannya."

Pemain tengah itu berkata kritikan terhadap Portugal - termasuk yang dikatakan kurang menyerlah adalah perkara biasa dan tidak menjejaskan persiapan untuk menentang Perancis pada suku akhir awal pagi ini.

"Kami memahaminya, ia adalah sebahagian daripada perniagaan, itulah sebab mengapa kami memperoleh begitu banyak wang dan kami dapat memberikan keluarga dan rakan kami kehidupan yang lebih baik.

"Kami tidak merungut tentang kritikan, ia untuk kebaikan dan keburukan, itu tugas kami," kata Silva.

"Apabila tiba bulan Jun dan Piala Dunia atau Euro, semua orang menganggap mereka seorang pengurus. Kami tahu perkara itu dan kami menerimanya."

Jurulatih Portugal, Roberto Martinez, juga tidak mengambil peduli dengan semua kritikan itu.

"Kritikan menunjukkan betapa bersemangatnya mereka terhadap pasukan kebangsaan dan saya terima itu. Ia adalah sebahagian daripada tugas," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2024 @ 7:25 AM