Baru-baru ini satu sumber memaklumkan, Wak Doyok dikatakan buat penganjur program keagamaan kecil hati. Khabarnya, ada penganjur minta bantuan mempromosi program yang bakal diadakan di Facebook (FB) dan Instagram Wak Doyok.

Maklumlah, Wak Doyok ada ramai pengikut di FB dan Instagram, oleh itu ia medium yang bagus untuk mempromosi acara berkenaan.

Bagaimanapun, Wak Doyok tidak mahu mempromosi prog­ram itu jika tidak dibayar. Ini kerana laman sosial miliknya menjadi medium periklanan.

Perkara sama turut ditegaskan depan sumber yang me-nyampaikan cerita ini. Kata-nya, dia tidak akan membantu mempromosi program agama secara percuma kerana FB dan Instagramnya medium pengiklanan berbayar. Dalam erti kata lain, kata sumber kepada Sha, kalau nak promosi, kenalah bayar!

Wow! Tegas sungguh pendirian Wak Doyok yang kini bergelar selebriti. Sebagai pemerhati dunia seni, Sha hormat keputusannya namun tidak salah jika Wak Doyok bermurah hati sekali-sekala, apatah lagi untuk program keagamaan.

Lagipun, program itu bu-kan calang-calang kerana ba-nyak kali dianjurkan dan terbukti berjaya, malah banyak pihak terbabit dan ia bertujuan menyemarakkan rasa kecintaan terhadap Allah SWT dan Rasul.

Kata sumber, sejak dengar sendiri pendirian Wak Doyok, rasa hormatnya terhadap jejaka berkenaan berkurang. Selebriti tersohor tanah air pun ada budi bicara bila membabitkan program agama dan kemasyarakatan. Tak pula berkira atau menuntut bayaran.

Mungkin ada penjelasan dari Wak Doyok mengenai perkara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Oktober 2014 @ 5:00 AM