Oleh Michelle Gun


Nama Wak Doyok bukan asing dalam industri seni tanah air. Selepas popular menerusi program Ke Korea Ke Kita, rezeki pemilik nama sebenar Tengku Muhammad Azwan Shah itu semakin murah.

Terbaru, dia dilantik sebagai duta kempen F&N Sarsi Like That.

Dia menyifatkan tawaran syarikat pengeluar produk minuman terkenal itu umpama bulan jatuh ke riba.

“Tidak pernah terlintas di fikiran berpeluang menjadi duta F&N Sarsi yang menjadi minuman kegemaran saya sejak kecil,” katanya.

Wak Doyok menegaskan dirinya dan F&N Sarsi mempunyai persamaan kerana unik.

“Orang sekeliling tahu saya lain daripada yang lain. Saya bangga dengan gaya misai, pakaian dan aksesori yang digayakan.

“Tak sangka fesyen unik ini menarik perhatian F&N untuk melantik saya menjadi duta minuman Sarsi,” katanya.

Mengimbau kenangan bersama F&N Sarsi, Wak Doyok berkata produk minuman itu menjadi hidangan wajib tetamu pada Aidilfitri dan Aidiladha.

“Saya masih ingat sewaktu kecil ibu menghidangkan Sarsi kepada tetamu setiap kali raya. Saya turut berebut dengan tetamu kerana sukakan rasanya,” katanya.

Menurut Wak Doyok lagi, apabila meningkat remaja minuman itu dinikmati bersama rakan-rakan selepas bermain bola sepak pada waktu petang.

“Saya dan rakan menggemari buih F&N Sarsi apabila dituang ke dalam gelas. .

“Kami seronok menggunakan buih itu untuk membuat ‘misai’. Mungkin disebabkan itu saya gemar menyimpan misai. Sehingga kini, F&N Sarsi masih minuman kegemaraan saya,” katanya.

Bercerita lanjut kempen F&N Sarsi Like That, Wak Doyok berkata ia memberi inspirasi kepadanya untuk kekal unik dan memiliki cita rasa tersendiri.

“Ikon fesyen sebenar tidak akan mengikut gaya orang lain. Justeru, kempen ini meraikan individu yang mempunyai gaya tersendiri,” katanya.

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan Wak Doyok dalam kempen F&N Sarsi Like That menerusi akaun di Instagram, @mysarsi.

Jangan lupa sertakan hashtag #StayTrue dan #SarsiLikeThat apabila berkongsi gambar di Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2015 @ 10:19 AM