QI Razali, Josiah Hogan dan Myo seronok mengacara namun tidak melupakan bidang lakonan dan nyanyian.
QI Razali, Josiah Hogan dan Myo seronok mengacara namun tidak melupakan bidang lakonan dan nyanyian.
Oleh Georgie Joseph


Karier seni tiga jejaka ini cukup menarik untuk dikongsikan. Mereka bermula dengan cabang seni lain, tetapi akhirnya ‘menyimpang’ ke bidang seni yang lain.

Inilah yang dialami tiga jejaka berbakat dalam bidang seni iaitu Qi Razali, Josiah Hogan dan Myo.

Qi bermula sebagai pemain drama band OAG sebelum beralih ke bidang pengacaraan antaranya Destinasi Bajet, Field Trip USA, Jalan Jalan Cari Makan dan Art Attack Asia serta turut aktif sebagai pelakon.

Josiah pula yang bermula sebagai pelakon turut beralih arah sebagai pengacara, manakala Myo yang sebelum ini cukup dikenali sebagai penyanyi band Oh Chentaku makin serasi sebagai pengacara dalam dua program popular iaitu Ke Korea Ke Kita dan Ke Indonesia Ke Kita bersama Wak Doyok.

Simetri antara mereka adalah masing-masing amat meminati muzik dan paling penting sekarang bidang pengacaraan membawa mereka lebih jauh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2015 @ 7:44 AM