Kuala Lumpur: Tidak ada sebarang pengumuman rombakan Kabinet akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini, seperti yang dihebohkan lapangan media sosial sejak malam tadi.

Mengikut BNBBC News iaitu portal berita dan isu semasa Majlis Ahli Parlimen Malaysia, perkara itu disahkan oleh sumber Pejabat Perdana Menteri ketika dihubungi BNBBC.my pada pagi Selasa.

Pelbagai spekulasi mula tersebar, malam tadi, yang mengaitkan kemungkinan berlaku rombakan Kabinet, hari ini, termasuk kemungkinan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan jawatannya.

Turut dikatakan pengumuman akan dibuat pada, pada 3 petang ini.

Malah ada yang menamakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Spekulasi rombakan Kabinet ini berikutan, ucapan Muhyiddin, kelmarin ketika merasmikan mesyuarat UMNO bahagian Cheras yang dianggap ramai pihak tidak sesuai mempersoalkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara terbuka.

Ini kerana setiap ahli mesyuarat kabinet telah mendapat Buku Fakta berhubung 1MDB setiap seorang untuk maklumat lanjut berhubung isu itu.

Ekoran itu. Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan semalam supaya meminta semua pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri bersabar menanti keputusan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara PAC dan Pasukan Petugas Khas. Sumber BNBBC News

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2015 @ 12:54 PM