SHAH ALAM 06 NOVEMBER 2021. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika majlis pengumuman calon Perikatan Nasional Pilihanraya Raya Negeri (PRN) Melaka di Hotel Glenmarie, Shah Alam. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
SHAH ALAM 06 NOVEMBER 2021. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika majlis pengumuman calon Perikatan Nasional Pilihanraya Raya Negeri (PRN) Melaka di Hotel Glenmarie, Shah Alam. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Oleh Essa Abu Yamin


Pagoh: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan isu rombakan Kabinet kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyelesaikannya.

Muhyiddin berkata, segala perancangan dan hak diberikan kepada Perdana Menteri dan Ismail Sabri perlu menimbang sama ada mahu merombak atau sebaliknya.

"Rombak, tak rombak, kekal, ubah itu adalah hak Perdana Menteri sendiri.

"Perkara biasa dalam politik ini adalah orang buat ramalan, jadi terserah kepada Allah SWT dan juga Perdana Menteri untuk menguruskannya," katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Balairaya Kampung Jawa Lenga, Pagoh.

Semalam, media melaporkan, Ismail Sabri menyatakan tiada rombakan kabinet setakat ini.

Ismail Sabri berkata, beliau enggan melayan spekulasi mengenai rombakan Kabinet yang didakwa bakal menyaksikan tiga menteri digugurkan.

Sebaliknya, beliau menegaskan, tumpuannya kini terarah kepada usaha menangani banjir dan pasca bencana itu, serta langkah membendung penularan Covid-19.

Kelmarin, tular spekulasi tiga menteri didakwa bakal digugurkan daripada senarai Kabinet.

Antara nama yang dikaitkan dengan spekulasi itu termasuk dua menteri daripada Bersatu iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 January 2022 @ 3:38 PM