Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM


Kenapa mentol kenderaan bahagian depan saya kerap ‘terbakar’ kerana ia hanya mampu bertahan dua hingga tiga bulan.

Apakah cara sesuai untuk mengatasi masalah ini?

AHMAD, Selangor

Ia mungkin berpunca cara pemanduan di jalan yang kurang elok, terutama pada malam. Gegaran yang berlaku pada kenderaan menyebabkan filamen mentol yang panas menyala terputus.

Penukaran dengan mentol lebih berkualiti mungkin mampu menangani masalah itu.

Jika ia hanya terjadi pada satu lampu, mungkin pemasangan komponennya longgar hingga menyebabkan gegaran berlebihan.

Periksa juga spring pemasangan mentol pada lampu supaya ketat dan kemas memegang mentol itu.

Bagaimanapun, jika kedua-dua mentol terbakar, periksa semula fius supaya ia menepati kadar rintangan ditetapkan dan mampu menyekat lebihan kuasa elektrik.

Keadaan itu juga mungkin berpunca daripada pendawaian sama ada wayar atau geganti (relay) yang terpasang bagi litar lampu itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:00 AM