TEN Hag kembali dapat kepercayaan United.
TEN Hag kembali dapat kepercayaan United.
Agensi

London: Erik ten Hag dilaporkan perlu mematuhi satu arahan ketat selepas Manchester United memilih untuk terus mengekalkannya di Old Trafford.

Sir Jim Ratcliffe dan beberapa ketua daripada pemilik baharu INEOS membuat penilaian sama sama ada Ten Hag wajar diberi peluang sekali lagi untuk memulihkan reputasi Red Devils.

Mereka dilapor bermesyuarat dengan beberapa bekas pengurus United termasuk bekas pengendali Chelsea dan Bayern Munich Thomas Tuchel.

Masa depan Ten Hag menjadi tanda tanya susulan prestasi buruk di Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan United menamatkan kedudukn di tangga kelapan dan tewas 14 perlawanan.

Namun kemenangan mengejut ke atas Manchester City pada final Piala A di Wembley (trofi kedua Ten Hag bersama United) mempengaruhi keputusan kelab.

Selepas perbincangan dua minggu, media melaporkan Ten Hag akan terus menjadi pengurus tetapi di bawah struktur baru.

Kedua-dua pihak kini berunding mengenai kontrak baharu ketika kontrak Ten Hag sekarang tamat penghujung kempen 2024/25 campaign walaupun terdapat pilihan lanjutan setahun.

Namun terdapat satu perubahan utama yang perlu dibiasakan Ten Hag. Dia tidak lagi boleh mempunyai kuasa dalam merekrut pemain baharu sebaliknya hanya fokus dengan kejurulatihan.

Urusan perpindahan Ten Hag mula dipantau sejak dia bertugas di Old Trafford tetapi ramai yang tidak senang dengan kuasa diberikan kepada agensinya SEG.

Ramai pemain baru pernah bekerja dengan Ten Hag sebelum ini atau yang mempunyai kaitan dengan Eredivisie.

Tetapi pengurusan tertinggi United termasuk pengarah teknikal Jason Wilcox dan bakal pengarah sukan Dan Ashworth akan mengetuai urusan menandatangani pemain.

Kelab turut melantik bekas pekerja City Omar Berrada sebagai CEO baru dan dia akan mula bertugas bulan depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2024 @ 8:12 PM