MANIRA dilaporkan keluar dari rumah di Blok D, Flora Damansara, jam 12 tengah hari, 9 Jun lalu. FOTO ihsan polis
MANIRA dilaporkan keluar dari rumah di Blok D, Flora Damansara, jam 12 tengah hari, 9 Jun lalu. FOTO ihsan polis
Muhaamad Hafis Nawawi


Petaling Jaya: Polis menerima laporan kehilangan seorang wanita berusia 38 tahun selepas keluar dari rumahnya di Flora Damansara, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, Balai Polis Damansara terima laporan itu pada jam 10.37 pagi kelmarin.

Menurutnya, wanita terbabit, Manira Mohamed keluar dari rumahnya di Blok D, Flora Damansara, Damansara Perdana pada jam 12 tengah hari, 9 Jun lalu.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa, boleh menyalurkan maklumat dengan tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat iaitu Inspektor Hafizzul Mohd Noor di talian 016-2236804 atau 03-77222222 bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2024 @ 6:52 PM