Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM


Kereta saya, Proton Persona pernah meredah banjir kilat lebih kurang paras lutut.

Akibatnya, kereta saya me­ngalami kerosakan di bahagian kotak gear dan piring klac hingga terpaksa ditukar.

Bunyi enjin juga tidak seperti biasa, bagaikan kereta diesel. Adakah perlu dilakukan baik pulih keseluruhan enjin untuk me­ngatasi masalah itu?

ZAIHAL AMMIR,

Selangor.

Meredah air ketika enjin dan komponen kereta panas berkemungkinan besar mendatangkan kerosakan biarpun air tidak tinggi.

Enjin yang disejukkan secara mendadak boleh mengalami perubahan bentuk komponen yang panas, mungkin juga mengubah bentuk atau posisinya.

Bunyi pada kenderaan anda seharusnya dikenal pasti sama ada berlaku ketukan atau geseran seperti logam. Ia mungkin berpunca daripada posisi ekzos yang beralih atau kepala selinder membengkok.

Periksa juga sama ada air sudah memasuki ruang enjin atau bercampur dengan minyak pelincir. Jika terdapat titisan air atau minyak seperti keputihan, tukar pelincir dengan segera.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 5:00 AM