RAZMAN (kanan) lapor diri di Wisma FAM.
RAZMAN (kanan) lapor diri di Wisma FAM.
Oleh Ferzalfie Fauzi

Kelana Jaya: Selepas memikirkan khidmatnya sangat diperlukan, kapten Pahang, Razman Roslan membuat pusingan U apabila melapor diri bersama pasukan Pilihan Malaysia semalam di Wisma FAM menjelang perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool Jumaat ini.

Razman yang sebelum ini menolak panggilan jurulatih skuad kebangsaan, Dollah Salleh, mengakui mengubah keputusan selepas memikirkan semula bahawa khidmatnya sangat diperlukan untuk perlawanan itu.

“Saya akur dan berfikiran positif untuk membantu skuad Pilihan Malaysia. Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan pula tidak memberi sebarang saranan tetapi saya melapor diri untuk kebaikan saya serta skuad Pilihan Malaysia,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM semalam.

Bekas pemain Selangor itu berjanji akan memberikan aksi terbaik dan hadir bersama rakan lain dengan mempamerkan komitmen 100 peratus.

“Saya mahu membalas kepercayaan jurulatih (Dollah) kerana memilih saya. Saya tidak boleh menganggap ini langkah pertama untuk kembali ke pangkuan skuad kebangsaan tetapi komitmen yang bakal diberikan sama seperti saya beraksi bersama Pahang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2015 @ 6:58 AM