Oleh Aziman Rosdi

Kelana Jaya: Tanpa ramai pemain tonggak, pengendali Dollah Salleh tidak berani mempertaruhkan ‘skuad tempang’ bagi aksi persahabatan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur pada 27 Mei ini di Stadium Shah Alam apabila menagih kudrat lima pemain import untuk memperkuat skuad Pilihan Malaysia.

Pada awalnya, jurulatih Harimau Malaya itu mahu menurunkan 100 peratus pemain tempatan sebagai persediaan pasukan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 pada Jun walaupun mendapat bantahan daripada Ultras Malaya yang tidak mahu skuad kebangsaan beraksi dalam perlawanan ‘sarkas’.

Namun Dollah akur terpaksa mengubah pendirian dengan menggunakan khidmat pemain import Liga M selepas hampir separuh pemain pasukannya tidak dapat bermain.

Ini kerana 12 pemain kebangsaan daripada Johor Darul Ta’zim (Johor DT) masih mempunyai tugasan dalam kempen Piala AFC serta empat pemain Pahang jika skuad Tok Gajah itu turut layak ke pusingan kalah mati.

“Saya terpaksa, memang pada mulanya saya mahu gunakan semua pemain tempatan bagi persiapan pusingan kelayakan kerana bukan senang untuk membentuk pasukan. Tapi dengan keadaan sekarang ini saya sendiri meminta kebenaran Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggunakan pemain import.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2015 @ 7:11 AM