SATU daripada mayat nelayan yang lemas ditemui di pesisir pantai. FOTO Recqueal Raimi
SATU daripada mayat nelayan yang lemas ditemui di pesisir pantai. FOTO Recqueal Raimi
Recqueal Raimi


Tuaran: Dua nelayan yang hilang di Kuala Sungai Tuaran di sini, pagi tadi, ditemui lemas di muara Sungai Shahbandar, jam 12.30 tengah hari tadi.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd Sukrie Hassan, 27, dan Hadi Jarin, 25.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Khatizah Rahaban berkata, pihaknya yang dimaklumkan berkaitan kejadian itu melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar lokasi terakhir mangsa dilaporkan berada.

“Lapor awal mendapati bot dinaiki nelayan itu terbalik dan karam akibat dipukul ombak.

“Mayat kedua-dua mangsa ditemui orang awam di pesisir pantai,” katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2016 @ 3:01 PM