FROST (kiri) pasti ada perancangan untuk Chong Wei.
FROST (kiri) pasti ada perancangan untuk Chong Wei.
Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Kegagalan Datuk Lee Chong Wei meneruskan kemaraan di Grand Prix Emas Terbuka Taiwan tidak mencetuskan resah Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen.

Sebaliknya, legenda Denmark itu menegaskan Chong Wei sudah memberikan yang terbaik dan beliau yakin bekas pemain nombor satu dunia itu akan bangkit pada Kejohanan Dunia di Jakarta, Indonesia pada 10 hingga 16 Ogos depan.

Chong Wei gagal meneruskan kemaraan selepas terkandas di suku akhir apabila tewas 21-17, 20-22, 13-21 kepada pemain nombor satu dunia dari China Chen Long.

“Chong Wei sudah memberikan tentangan sengit dan bermain dengan penuh sabar. Malangnya Chen Long ternyata lebih baik daripadanya.

“Lebih baik tewas pada saingan ini dan menang di Jakarta. Esok adalah hari baru untuk Chong Wei,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2015 @ 5:32 AM