MALAYSIA duduki ranking ke-57 selepas raih dua pingat gangsa.
MALAYSIA duduki ranking ke-57 selepas raih dua pingat gangsa.
Daripada Azlan Muhammad Zain

Gwangju, Korea Selatan: Walaupun gagal mencapai sasaran, kontinjen Malaysia tetap berpuas hati dengan pencapaian atlet di Sukan Universiti Dunia (Universiade) Gwangju yang berakhir secara rasmi hari ini.

Malaysia berada pada kedudukan ke-57 daripada 134 negara yang bertanding selepas meraih dua pingat menerusi acara berpasukan campuran dan beregu lelaki.

“Kita perlu akui kontinjen tidak mencapai hasrat yang ditetapkan iaitu membaiki pencapaian di Kazan pada 2013 (tiga gangsa) atau meraih emas sulung negara.

“Saya percaya sasaran berkenaan sepatutnya dicapai. Pingat berada dalam jangkauan namun dalam keadaan tertentu kita terlepas pingat itu, ” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hazally Jali semalam.

Sebagai contoh menurutnya adalah pencapaian Muhammad Hakimi Ismail yang hanya kekurangan beberapa sentimeter untuk meraih gangsa sedangkan dia bertanding dengan kelompok atlet yang bakal bertanding di Sukan Olimpik Rio.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 5:11 AM